Akaun mbsolution.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.




“Sedekah itu memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api”(Hadis Riwayat Ahmad)







TIDAK TAHU

Anda tidak tahu apa dan di mana tempat yang paling sesuai untuk salurkan sumbangan.


RASA BIMBANG

Anda merasa bimbang jika sumbangan yang dibuat tidak sampai kepada tempat yang sepatutnya menerima.



TIADA KESEMPATAN

Anda tiada kesempatan untuk menguruskan proses penyumbangan






INFAK adalah membelanjakan atau membiayai harta benda pada jalan Allah SWT untuk kebaikan masyarakat termasuk kepada si pemberi infaq dan keluarganya.

Bayangkan setiap apa yang anda infaqkan dapat memberi kesenangan kepada yang diinfaqkan.

Setiap amalan ia selama mana menggunakan infaq kita maka pahalanya juga akan sampai kepada kita. Oleh itu INFAK boleh menjadi satu senjata untuk kita hapuskan dosa-dosa yang banyak ini.








Kita boleh Infaqkan atau belanjakan apa sahaja yang mampu kita infaqkan pada jalan Allah. Memberi faedah, kemudahan dan keselesaan kepada orang lain. Salah satu benda atau perkara yang amat baik untuk diinfaqkan adalah KUSIKU.






Data menunjukkan sebanyak 8000 buah masjid dan 18,000 buah surau ada di Malaysia. Kajian mendapati bahawa hanya 1% sahaja masjid dan surau yang sudah sedia ada kerusi tanpa kaki.


Jemaah masjid dan surau memilih tiang atau dinding untuk bersandar ketika majlis ilmu dijalankan



Kajian menunjukkan bahawa Pusat Pengajian Tahfiz amat memerlukan kerusi tanpa kaki kerana memberi keselesaan buat pelajar menghafal, mengulang dan menulis Al-Quran.




1. Banyak tempat sebenarnya KUSIKU ini boleh diinfaqkan. KUSIKU boleh diinfaqkan di surau-surau atau masjid-masjid bagi kegunaan Jemaah untuk samada mengikuti kuliah agama mahupun melakukan amalan iktikaf.

 

2. Pusat-pusat Tahfiz yang akan memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar Tahfiz.

 

3. Rumah orang tua bagi kegunaan warga emas yang hadapi masalah bahagian pinggang dan kaki.

 

4. Organisasi yang menjalankan program-program pendidikan dan latihan seperti kursus umrah dan haji, forum dan pelbagai program yang menuntut peserta untuk duduk bersila.









INDIVIDU

Individu yang mahu menginfakkan untuk kebaikan umat islam

 

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Tindakan yang boleh dilakukan oleh agensi korporat atau syarikat dengan memberi sumbangan untuk membangunkan infrastruktur masyarakat di sekitarnya.

 

AMAL

Organisasi yang tujuan utamanya adalah kedermawanan dan kesejahteraan sosial untuk Kesihatan, Pendidikan, Keagamaan, atau kegiatan lain yang melayani kepentingan umum atau kebaikan bersama.




Infakku boleh diuruskan melalui 2 cara :


Diuruskan sendiri oleh penginfaq

Penginfaq lakukan belian dan KUSIKU akan dihantar kepada penginfaq atau terus kepada sasaran infaq yang dipilih oleh penginfaq.

  

Diuruskan oleh HQ KUSIKU

Penginfaq lakukan belian. Melalui HQ KUSIKU akan menghantar KUSIKU ke tempat-tempat yang dipilih oleh pihak syarikat.

 

Jadi anda boleh pilih samada mahu uruskan sendiri pemilihan tempat atau biar pihak kami yang tentukan.





“Melaburlah dalam saham akhirat. Berinfaqlah walaupun sedikit. Kita pasti memerlukan apabila di sana nanti.”

 

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan. Sabda Rasulullah SAW: (Hadith Riwayat At Tarmidzi)






Perlukan Bantuan?